Ahmad Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli Shaari

KUALA LUMPUR – Pas memberi amaran kepada pemimpin Pakatan Harapan (PH) jangan terlalu beretorik dalam membuat kenyataan berhubung perlunya pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ini kerana, ada di kalangan pemimpin parti itu juga melanggar SOP berkenaan dengan menyeberang ke negara jiran untuk mendapatkan khidmat urut ketika PKPP dilaksanakan.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, jika isu pelanggaran SOP PKPP hendak dibangkitkan, maka ramai lagi pemimpin parti pembangkang yang tidak mematuhinya.

“Kita nak beri amaran atau peringatan bahawa kalau isu SOP berkenaan PKPP ini dibangkitkan, di sana banyak lagi pelanggaran SOP melibatkan pemimpin politik kita (pembangkang) boleh diungkitkan.

“Kita bimbang sebiji batu tidak terkena pada seekor burung sahaja, tetapi terkena pada burung lain yang boleh menyebabkan bukan satu yang terkena, tetapi mereka yang berada di dahan yang sama juga turut menerima tempias,” katanya.

Beliau mendedahkan perkara itu ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (Pindaan) 2020 di Parlimen, petang ini.

Ahmad Fadhli bagaimanapun, tidak menyebut secara terperinci pemimpin PH yang melanggar SOP itu, sebaliknya menasihati mereka supaya tidak terlalu retorik.

Berhubung pindaan RUU MKN 2020, beliau bersetuju agar kuasa tidak dipusatkan kepada pihak tertentu sahaja kerana dibimbangi akan berlaku penyalahgunaan kuasa.

Namun, beliau tertarik menyatakan, agar kerajaan mengembalikan posisi atau hasrat asal MKN ini, yang mungkin ada terlepas pandang dari segi penguatkuasaan.

Katanya, walaupun ia akta berlainan, tetapi kerana hasrat sama, akta seperti SOSMA, POCA dan MKN itu dianggap sebagai tiga beradik yang memfokuskan kepada isu keselamatan negara.

“Saya ingin menarik perhatian kerajaan terhadap tahanan SOSMA, apakah sudah ada semakan semula terhadap tahanan berkenaan yang mana aduan sampai kepadanya, ada tahanan ditambah hukuman.

“Saya bukan tidak percaya kepada polis atau pihak keselamatan, tetapi dalam isu tahanan berkaitan dengan LTTE, dibebaskan sepenuhnya.

“Apakah nasib mereka yang ditahan di bawah Akta SOSMA yang tidak sebangsa dengan tahanan LTTE yang dibebaskan ini, sedangkan yang tiada kaitan dengan LTTE ditambah hukuman?,” soal beliau.

Beliau mahu kerajaan berlaku adil, terutama kepada ahli keluarga tahanan berkenaan yang hanya melakukan kesalahan kerana pengedaran gambar tertentu menerusi aplikasi Telegram.

Katanya, beliau memohon supaya semakan semula terhadap tahanan itu dapat dilakukan berdasarkan aduan yang dibuat oleh ahli keluarga tahanan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Sebagai sebuah parti politik yg menggunakan nama Islam kita sepatutnya menjadi contoh kpd bukan Islam bahawa kita ikhlas mendukong maqasid syariah yg salah satunya menjaga nyawa.
    Kita kena jaga nyawa kita dan nyawa org lain..jika tidak patuh kpd kuarantin 14 hari bagaimana kita nak menjaga nyawa org lain?
    Apakah sudah lupa kpd perjuangan dan konsep maqasid syariah?

  2. Dalam Islam pun kena prasangka baik tuan diatas. Siapa tuan diatas yg konon lebih bagus dari orang lain. Mana tuan siasat sebab musabab beliau bertindak demikian. Tuan sudah tabayyun dengan orang yg tuan tuduh. Kalau tak, atas nama Islam, tuan lebih baik berdiam saja. Tuanpun jangan jual Islam untuk kepentingan diri…

  3. Mamat kaki pantat cakap ye lebih,macam gampang aku tgk,jgn cakap lebih2, duduk diam-diam jgn nk menyalak tak tentu pasal,jaga keluarga kamu saje,memang degil sgt lembu sekor ni

  4. Btul apa yg di kata kn olh YB utz fadli..puak2 dap hanat myalk mcn anjing apabila puak2 dia kena siasat…klu kna atas puak2 atas puak org diam seribu bhsa..puak2 mcn ni nk buat pmimpin..jgn harap kami bngsa mlyu akn bg lg pluang kpd bngsa2 hanat dap laknatullah ni hncurkn ngra tanah mlyu ini lg.

Comments are closed.