Shinzo Abe. foto Agensi

TOKYO – Parti pemerintah Jepun akan memilih pengganti Shinzo Abe pada 15 September ini susulan peletakan jawatan Perdana Menteri itu.

Presiden Parti Liberal Demokrat (LDP) berkata, parti tersebut akan kekal memegang pemerintahan Jepun kerana LDP adalah majoriti di Dewan Rakyat.

Abe mengumumkan untuk melepaskan jawatan selepas tahap kesihatannya merosot.

Abe bertarung dengan penyakit ulcerative colitis sejak beberapa tahun lalu dan telah dimasukkan ke hospital sebanyak dua kali dalam tempoh seminggu telah menimbulkan persoalan sama ada beliau boleh kekal memegang jawatan berkenaan hingga tamat tempoh iaitu pada September tahun depan.

Beliau adalan Perdana Menteri Jepun paling lama.

Dalam sidang akhbar, Abe enggan menamakan pengganti pilihan.

Bekas menteri pertahanan Shigeru Ishiba dan mantan Menteri Luar Negeri Fumio Kishida berminat untuk mencalonkan diri tetapi Ketua Setiausaha Kabinet Yoshihide Suga dan Menteri Pertahanan, Taro Kono dianggap antara calon yang berpotensi.

Timbalan Perdana Menteri Taro Aso, bekas Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan tidak merancang untuk menyertai perlumbaan menggantikan Abe, kata akhbar Kyodo.

Abe berkata, pemilihan Perdana Menteri bergantung kepada kepemimpinan LDP dan yakin kesihatannya akan bertahan sehingga pengganti beliau dipilih. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

PM Jepun umum letak jawatan