Hakim Fadi Sawan mengeluarkan waran tangkap terhadap dua lagi pegawai tinggi Pelabuhan Beirut berhubung letupan besar baru-baru ini.

BEIRUT (Xinhua) – Hakim Fadi Sawan mengeluarkan waran tangkap terhadap dua lagi pegawai tinggi Pelabuhan Beirut berhubung letupan besar baru-baru ini.

Agensi berita kebangsaan melaporkan, kedua-kedua pegawai kanan tersebut adalah Ketua Pentadbiran Pelabuhan, Mohammad Al Mawla dan Pengarah Besar Pengangkutan Darat dan Maritim, Abdel Hafiz El Kaissi.

Dua letupan besar yang berlaku pada 4 Ogos sekitar jam 6.10 petang itu menggegarkan bangunan di seluruh Beirut dan membunuh hampir 190 orang serta mencederakan 6,500 yang lain.

Siasatan awal menunjukkan terdapat 2,700 tan bahan ammonium nitrat dan beberapa bahan letupan lain.

Kerosakan fizikal disebabkan letupan itu dianggarkan sehingga AS$4.6 bilion, kata Bank Dunia.- Agensi

|

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast