Keadaan runtuhan di bandar pelabuhan Beirut selepas berlaku letupan dari gudang menyimpan ammonia nitrat. foto Reuters

BEIRUT – Para penyelamat di Beirut mendapati tiada tanda-tanda ada mangsa yang masih hidup di bawah runtuhan bangunan yang musnah dalam letupan pelabuhan bulan lalu.

Mesin pengimbas yang mengesan kemungkinan ada tanda-tanda mangsa yang hidup pada hari Khamis semasa membersihkan 95% runtuhan tidak menemui sumber bacaan.

Kira-kira 50 sukarelawan, termasuk pasukan dari Chile, telah berada di tempat kejadian.

Letupan itu mengorbankan kira-kira 190 orang dan menyebabkan ribuan yang lain cedera.

Sepasukan penyelamat dari Chile berjalan di kawasan itu pada hari Rabu malam ketika anjing pengesan menemui ada tanda bahawa ada mangsa terperangkap di bawah runtuhan.

Ketika mereka kembali pada hari Khamis, anjing itu kembali memberi isyarat yang sama.

Peralatan pengimbas kemudian mengesan isyarat denyutan di kawasan itu.

Pernafasan dikesan di bawah runtuhan pada kedalaman 3 meter (9.8 kaki).

Mereka kemudian bertindak membuang runtuhan pada hari Sabtu, membersihkannya dengan tangan.

Bagaimanapun mereka masih belum menemui sumber bacaan pengimbas.

Dalam sidang media, Francisco Lermanta, Ketua Kumpulan Penyelamat Sukarelawan Topos Chile, berkata: “Secara teknikal, tidak ada tanda-tanda kehidupan.”

Kini usaha mereka akan tertumpu pada membersihkan runtuhan dan mencari mayat, katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast