Bermula esok, semua cawangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan kembali beroperasi seperti biasa.

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melanjutkan tarikh untuk majikan membuat bayaran caruman wajib daripada 15 haribulan kepada 30 haribulan bagi bulan September hingga Disember 2020.

Sebelum ini, KWSP telah pun melanjutkan tarikh bayaran caruman tersebut bagi bulan April hingga Ogos ini dengan tujuan untuk meringankan beban majikan berikutan keadaan semasa yang tidak menentu disebabkan Covid-19.

Keputusan untuk meneruskan fleksibiliti itu sejajar dengan pengumuman kerajaan baru-baru ini untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Disember 2020.

Oleh itu, majikan boleh membuat bayaran caruman melalui portal i-Akaun (Majikan) dalam laman sesawang KWSP, perbankan Internet ataupun di kaunter bank yang dilantik. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast