Asyraf Wajdi Dusuki
Dr Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diingatkan tidak melampaui batas setelah sekian lama UMNO bertolak ansur dalam membentuk kerajaan Pusat dan kerajaan negeri termasuk Sabah walaupun parti itu mempunyai kerusi minoriti.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan, Bersatu jangan mudah lupa dengan pengorbanan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang memberi laluan mudah kepada parti itu mengetuai kerajaan pusat dan negeri sebelum ini.

“Waktu nak selamatkan Kerajaan Persekutuan, demi rakyat, UMNO-BN dengan kerusi terbesar 43 ahli Parlimen, berjiwa besar mengalah kepada Bersatu yang hanya ada 6 + 15 (ahli Parlimen lompat dari UMNO) untuk mengangkat Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

“Waktu nak tubuhkan kerajaan Perak, demi rakyat, UMNO-BN dengan kerusi terbesar 25 ADUN berjiwa besar, tetap mengalah kepada Bersatu yang hanya ada empat kerusi untuk mengangkat Datuk Seri Faizal Azumu sebagai Menteri Besar.

“Waktu nak tubuhkan kerajaan Sabah, demi rakyat, UMNO-BN dengan kerusi terbesar 14 ADUN berjiwa besar, sekali lagi mengalah kepada Bersatu yang hanya ada 11 kerusi untuk mengangkat Datuk Seri Hajiji sebagai Ketua Menteri.

“Justeru jangan melampau! Ahli-ahli UMNO juga ada maruah. Tidak selamanya juga kami boleh mengalah. Nasihat saya bersahabat dan berpakat mesti jujur dan ikhlas,” katanya dalam hantaran terbaru di Facebook miliknya, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua ARMADA, Wan Ahmad Fayhsal Wan Kamal yang ‘mendabik dada’ dengan mengatakan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Bersatu tidak bertanding sendirian bahkan secara kolektif dalam Perikatan Nasional (PN).

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Malah katanya, PN terbukti mempunyai kekuatan tersendiri biar pun baru setahun jagung, sambil memetik dapatan Merdeka Centre menunjukkan PN kalau kena gaya tidak bertembung tiga penjuru akan mampu menawan dua pertiga Dewan Rakyat.

Wan Ahmad Fahsyal juga berkata, rakyat lebih menyayangi PN daripada parti lain kerana tidak dibayangi dengan skandal dan masalah kronik sehingga rakyat sukar percaya.

Malah Wan Ahmad Fahsyal juga mahu memperkukuhkan kerjasama dengan Pas untuk berdepan dengan Pilihan Raya Umum ke-15  akan datang.

“Semoga Allah melembutkan hati-hati kita untuk tidak tamak dan sepet akal dalam menilai. Masa depan Malaysia buat masa ini cerah bersama PN, Insya-Allah,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

7 Komen

  1. Sabar sama ustaz. Jangan dok ikut sgt darah mudah tu. Org menari ronggeng, jgn ustaz sama beronggeng jugak. Tegur baik2. Ustaz dah lama, mamat Armada tu baru setahun jagung. Budak budak baru nak up ja tu..

  2. Sabar Pak. Belajar dari PAS. Kasi bilangan menteri kabinet yg sedikit dan tak penting pun redha, tak di beri peluang bertanding di Sabah pun tak memberontak, . Pokoknya PAS mahu supaya Melayu-Islam bersatu supaya PH tak lagi memerintah Malaysia. Tak tamak jawatan.

  3. Bukannya setakat kejujuran,, janganlah jua masing2 tamak haloba dan pentingkan diri,, kejar dunia takkan kemana,, kejar akhirat lebih mulia,, bersatu teguh bercerai roboh. Bagi saya apa yg penting bukan pH yg berkuasa, Kerana kita dah merasai impaknya disebabkan perpecahan.. Janganlah ada diantara kita yg jadi api dalam sekam ataupun duri dlm daging,, nanti semua terasa sakitnya,, peliharalah ukuwah antara kita Walaupun berlainan parti.

  4. Dia lupa klu tanpa bantuan umno pn tewas..setakat 14 krusi kena ratah la.38kerusi ni klu 2org jd katak hancurrr. Cakap budak baru nak up…

  5. ….sabar ustaz.
    Budak baru nak naik tu.
    Kami rakyat sedang memerhati.

    Pengorbanan yg ikhlas ALLAH SWT akn membalas.
    ALLAH SWT menyukai org yg sabar.
    ALLAH SWT amat membenci org yg sombong.
    AMIN

  6. hahahahah.. Berpakat biar jujur.. tengok kaki tuh berpijak di bumi dak? atau terawang awang di udara.. tanya lah PAS tentang UMNO.. ramai lagi yang masih hidup untuk menceritakan nya.. Kalau betul umno jujur mereka tak akan mengkhaianati rakyat sebab rakyat lah yang memberi undi kepada mereka.. Itu asas utama dalam politik..Jika asa utama di khaianti maka yang lain masuk longkang..

Comments are closed.