Ion Aliman

ANKARA – Seorang calon datuk bandar di selatan Romania yang baru-baru ini meninggal dunia akibat COVID-19 ‘dipilih semula’ dalam pilihan raya tempatan, lapor Agensi Anadolu.

Ion Aliman, anggota Parti Sosial Demokrat (JPA) yang menjadi calon datuk bandar kampung Deveselu untuk kali ketiga, memenangi pilihan raya itu dengan memperoleh kira-kira 64 peratus undi, memetik keputusan dikeluarkan pada Isnin.

Pegawai Romania mengatakan nama Aliman tidak dapat dikeluarkan daripada kertas undi selepas beliau meninggal dunia pada 15 September di Bucharest.

Berikutan itu pilihan raya baharu akan diadakan di kampung berkenaan.

Satu rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan sekumpulan penduduk kampung berkumpul di perkuburan Aliman.

“Beliau sentiasa berada di pihak penduduk kampung, menghormati semua undang-undang. Saya tidak fikir kita akan melihat seorang datuk bandar sepertinya lagi,” kata seorang penduduk kampung kepada saluran televisyen tempatan.

Kemenangan di Deveselu dianggap berita baik untuk JPA, yang kehilangan kerusi itu di bawah pakatan sayap kanan USR-PLUS di kebanyakan majlis perbandaran di seluruh negara.

Seorang lagi calon datuk bandar, Neculai Ivascu meninggal dunia akibat penyakit hati pada 2008 sebelum pilihan raya di Voinesti, juga sangat dihormati pengundi tempatan.- BERNAMA