Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Liew Vui Keong bercakap kepada media ketika menghadiri sesi perbahasan di Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 25 JULAI 2018
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Liew Vui Keong bercakap kepada media ketika menghadiri sesi perbahasan di Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 25 JULAI 2018

KUALA LUMPUR – PKR hari ini merakamkan ucapan takziah buat keluarga mendiang bekas Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong, di atas pemergiannya hari ini.

Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pemergian mendiang merupakan satu kehilangan besar buat Dewan Rakyat.

“Mendiang merupakan seorang mantan menteri di dalam Kerajaan Pakatan Harapan yang amat berdedikasi dan cukup komited terhadap usaha reformasi perundangan, termasuk berkait reformasi sistem penjara serta hukuman gantung.

“Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar buat Dewan Rakyat dan persada politik tanah air,” kata Saifuddin dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahli Parlimen Batu Sapi merangkap Pengerusi Tetap Parti Warisan Sabah (Warisan) itu disahkan meninggal dunia pada jam 11.50 pagi tadi ketika menerima rawatan di Hospital Gleanegles Kota Kinabalu, Sabah.

Artikel berkaitan: Ahli Parlimen Batu Sapi, Liew Vui Keong meninggal dunia

Artikel berkaitan: Liew Vui Keong dilapor tidak sedarkan diri

Bekas Menteri Undang-Udang itu dilaporkan koma beru-baru ini akibat jangkitan paru-paru.

Vui Keong dilaporkan mula tidak sihat di akhir kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast