Bank Negara
Logo Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$105.0 bilion pada 30 September 2020 meningkat berbanding AS$104.8 bilion pada 15 September lalu.

Bank Pusat ini berkata, paras rizab ini telah mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing.

Paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.4 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. – MalaysiaGazette