Seorang murid sedang membuat pemeriksaan mata anjuran BSN menerusi program ‘Murid Spec-tacular'.

KUALA LUMPUR – Bank Simpanan Nasional (BSN) melancarkan Program ‘Murid Spec-tacular’, dengan menyumbangkan cermin mata kepada pelajar-pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan yang mempunyai masalah penglihatan.

Sebagai permulaan, BSN dibantu pihak sekolah telah mengenal pasti seramai 38 orang pelajar dari Sekolah Kebangsaan (LKPT) Lepar Hilir 1, Felda Lepar Hilir Lima, Gambang, Pahang.

Sekolah Lepar Hilir 1 ini merupakah salah sebuah sekolah angkat BSN di Pahang.

Di bawah Program ‘Murid Spec-tacular, para pelajar yang telah dikenal pasti menerima pemeriksaan dan cermin mata secara percuma daripada pakar optometri yang telah dilantik oleh BSN.

”Menerusi Program ‘Murid Spec-tacular’, kami berharap agar kesedaran terhadap kepentingan kesihatan mata dan penglihatan terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa” kata Datuk Yunos Abd Ghani, Ketua Eksekutif BSN.

Program ‘Murid Spec-tacular’ ini adalah sejajar dengan slogan BSN Care iaitu ‘Memperkaya Setiap Langkah Kehidupan’ dan terletak di bawah teras Pendidikan yang memberi penekanan dalam membantu serta memupuk keperluan pendidikan anak-anak.

BSN Care juga turut memberi fokus terhadap teras-teras lain seperti Komuniti, Keselamatan & Kesihatan serta Sukan yang bertujuan untuk membantu semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang, kaum dan kedudukan sosial, sejajar dengan visinya ‘Tiada Rakyat Malaysia yang Ketinggalan’. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast