Hishammuddin Hussein

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kembali membarisi kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) apabila dilantik sebagai Bendahari Agung.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelantikan itu dibuat menerusi rombakan kecil demi memperkukuhkan organisasi parti.

Pengerusi BN itu menjelaskan, keputusan tersebut disepakati selepas rundingan dibuat dengan presiden-presiden komponen BN.

“Suatu rombakan kecil dalam kepimpinan BN telah dilakukan dengan mengambil kira beberapa aspek untuk memperkukuhkan struktur organisasi BN,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Dalam pada itu, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pula, kata Ahmad Zahid akan menjalankan tugas selaku Bendahari UMNO.

Beliau merakamkan setinggi-tingi penghargaan kepada Tengku Adnan atas sumbangannya ketika menjadi Bendahari Agung BN.

“Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein. Diharap beliau dapat menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan sebaiknya,” katanya.

Hishamuddin merupakan bekas Naib Presiden UMNO. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast