Pasukan penyelamat bertungkus-lumus mengesan mangsa yang terperangkap dalam sebuah bangunan yang runtuh di Izmir. foto NY Post.

ANKARA – Angka kematian akibat gempa bumi di Izmir, Turki meningkat kepada 42 orang, kata Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turki (AFAD).

Gempa bumi dengan berkekuatan 6,6 skala Richter itu melanda Laut Aegea di wilayah Izmir di Turki pada hari Jumaat.

Sekurang-kurangnya 885 orang cedera dalam kejadian itu, menurut kenyataan Menteri Kesihatan Turki, Fahrettin Koca.

Katanya, operasi menyelamat diteruskan tanpa henti untuk menjangkau lebih ramai mangsa yang terperangkap dalam runtuhan.

Seramai 5,000 anggota yang terlibat dalam operasi menyelamat dan mencari serta 20 ekor anjing pengesan mengambil bahagian di seluruh wilayah itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast