ANKARA – Kira-kira 400,000 buah bangunan di Istanbul dan bilangan yang sama di Izmir yang terletak di barat Turki sepatutnya dimusnahkan kerana ia dibina sebelum 1999, kata Presiden Persatuan Konkrit Siap Diguna Turki dan Eropah, Yavuz Isik.

“Selari dengan masa, terdapat serpihan konkrit dan pengkaratan besi karat di bangunan. Oleh itu kami perlu menyelesaikan dan memusahkannya, kata Isik kepada akhbar, Hurriyet dalam satu temubual.

Pada 1999, sebelum gampa bumi di Golcuk yang mengorbankan kira-kira 20,000 nyawa, konkrit jenis C10 adalah mencukupi untuk membina bangunan.

Dengan kewujudan konkrit yang lebih kukuh, seperti C20 dan C30, menyaksikan bahan binaan itu lebih digemari dan diwajibkan dalam pembinaan.

Menurtut pegawai itu, sepertiga daripada 1.2 bangunan di Izmir dan seperempat daripada 1.6 juta bangunan di Istanbul dibina sebelum 1999.

“Kebanyakan struktur ini seperti sekolah, hospital dan asrama,” tambah Isik.

Berdasarkan fakta dan penyelesaian untuk Izmir, Isik berkata: “Terdapat banyak struktur-struktur yang telah reput di Izmir. Kami perlu menggali bangunan ini secepat mungkin. Ia akan mengambil masa selama enam bulan untuk melaporkan berkenaan semua struktur ini,”.

Isik menyatakan bahawa kawasan terbabit adalah daerah Bayraklı, Bornova dan Balçova.

“Dalam daerah ini, tanahnya tidak kukuh untuk kawasan bandar. Tinggi maksimum bangunan empat tingkat sepatutnya dibenarkan, tambah beliau.

Bagi Istanbul, Isik berkata, majlis bandaraya telah memulakan penyelidikan di kawasan yang bermasalah yang terletak di daerah Buyukcekmece dan Avcilar.

“Di Istanbul, setiap orang daripada empat orang berada dalam bahaya. Maksud saya, 1.6 juta nyawa menjadi persoalan. Jika kami tidak menghabiskan pembaharuan semula bandar ini sebelum gempa bumi yang dijanga melanda Istanbul, kita akan kehilangan sepertiga daripada bandar ini,” ujarnya.

Pegawai itu turut mendedahkan kos untuk pembaharuan semula bandar tersebut.

“Kami memerlukan kira-kira AS$5 bilion. Penduduk tidak mampu. Kami akan memerlukan pentadbiran awam menyelesaikannya dengan pinjaman bertempoh 20 atau 3o tahun,” kata Isik. – MalaysiaGazette