Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kecewa apabila tiada peruntukan untuk golongan pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan semalam.

Sebaliknya, Presiden Penaja Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu mempersoalkan kenapa terdapat potongan hampir RM9 juta bagi biasiswa pengajian tinggi.

Sepatutnya jelas Ahli Parlimen Muar itu, potongan yuran kampus di IPT diberikan kerana semua pelajar sedang belajar atas talian.

“Tidak ada potongan yuran kampus di IPT? Semua masih belajar online (ODL). Tidak ada bantuan one-off laptop kepada pelajar dari keluarga susah. Tidak ada insentif perkasakan mahasiswa. Potongan hampir 9 juta ringgit Biasiswa Pendidikan Tinggi ada pula,” katanya di laman Twitter miliknya di sini hari ini. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Hak keistimewaan biasiswa pribumi lebih sukar dilaksanakan apabila kaum pendatang diikhtiraf sebagai warganegara tempatan kini memiliki majority korporat ekonomi negara dan tanah Melayu kini merosot ke 12%. Justeru, negara-negara kecil Qatar, UAE, Kuwait dan baru-baru ini Dominican Republic ratifikasi ICERD sambil enggan ikhtiraf kaum pendatang tinggal lama sehingga cucu-cicit sebagai warganegara tempatan demi menjamin hak keistimewaan pribumi meeka. Sedarkan Pak Pandir politikus menang bersorak tetapi kampungnya tergadai padahnya akur kepada Malayan Union anjuran penjajah British.

Comments are closed.