Sultan Johor membekalkan basikal kepada pekerja Istana Flintstones. - Gambar ihsan FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR – Dalam mengekal dan mengamalkan gaya hidup sihat di kalangan pekerja istana, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan sebanyak 140 basikal.

Basikal itu disediakan baginda kepada pekerja yang bertugas di Istana Flintstones, Mersing.

Sultan Ibrahim bertitah, kurniaan itu bukan sahaja memudahkan pergerakan pekerja dari rumah mereka ke Istana Flintstones, pada masa sama memotivasikan mereka untuk mengekalkan gaya hidup sihat.

Dua pekerja Istana Flintstones berbasikal untuk memulakan kerja. – Gambar ihsan FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

“Penggunaan basikal ini bukan sahaja memudahkan pergerakan mereka, malah lebih penting lagi mengekalkan gaya hidup sihat dalam kalangan pekerja,” titah baginda Tuanku Sultan kepada Royal Press Office (RPO) menerusi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast