Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Selangor terus mencatat bilangan kes positif baharu Covid-19 tertinggi iaitu sebanyak 1,623 kes, sekaligus menjadi penyumbang terbesar daripada jumlah keseluruhan sebanyak 2,188 ke pada hari ini.

Sabah mencatatkan 232 kes diikuti Perak sebanyak 122 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Hisham Abdullah berkata, peningkatan kes di Selangor dikaitkan dengan pertambahan kes pada kluster tempat kerja, kluster Teratai, iaitu sebanyak 1,511 kes.

“Seperti yang telah dimaklumkan, pasukan perubatan dan kesihatan awam bantuan telah digerakkan ke kawasan yang terlibat bagi membantu segala aktiviti kawalan serta pencegahan termasuk saringan secara besar-besaran.

“Sebanyak 107 kes atau 4.9 peratus yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Tembok (103 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (dua kes).

“Juga kluster Penjara Kepayan (satu kes) dan Kluster Penjara Sandakan (satu kes),” katanya dalam kenyataan hari ini.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast