Saham Top Glove Corp Bhd. (Top Glove) susut sebanyak 55 sen atau 7.48 peratus kepada RM6.80 ketika dagangan dibuka pagi ini.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Saham Top Glove Corp Bhd. (Top Glove) susut sebanyak 55 sen atau 7.48 peratus kepada RM6.80 ketika dagangan dibuka pagi ini.

Kejatuhan saham itu didorong oleh penutupan 28 kilangnya di Klang, Selangor susulan lonjakan kes Covid-19 dalam kalangan pekerja-pekerjanya.

Setakat jam 10.50 pagi tadi, harga saham syarikat itu diniagakan pada RM6.860, masih turun 0.490 sen.

Ia menjadikan Top Glove kaunter ketiga yang merekodkan kerugian tertinggi di Bursa Malaysia. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

28 kilang Top Glove diarah tutup berperingkat