Syed Badli Shah Syed Othman
Syed Badli Shah Syed Osman.

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR menyeru semua pihak yang mendukung perjuangan Pakatan Harapan (PH) supaya bertenang dan berhenti menyerang satu sama lain.

Perbalahan di media arus perdana dan media sosial tidak membantu PH untuk menjadi kuat, sebaliknya bertambah lemah.

Naib Ketuanya, Syed Badli Shah Syed Osman berkata, muafakat dan kerjasama sesama rakan komponen PH wajib dipertahankan tanpa kompromi.

Katanya, mandat rakyat yang diperolehi melalui Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) yang lalu telah dirampas dan usaha untuk mengembalikannya sedang berjalan.

“Dalam usaha dan kegigihan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengembalikan mandat, beliau terpaksa melalui fasa sukar yang menuntut ketabahan dan pengorbanan.

“Di sinilah akan teruji semangat setiakawan, disiplin dan kepercayaan dari rakan seperjuangan serta parti komponen PH.

“Justeru, saya menyeru semua pihak untuk bertenang dan bersabar melalui proses sukar ini kerana matlamat sebenar untuk mengembalikan mandat masih berjalan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Nampak gayanya Atok sekali lagi terpaksa MELUTUT kepada Dek Non untuk dapat semula kuasa? Buatlah perjanjian baik2, jangan lagi buat perjanjian tiada tarikh, bulan bintang?

Comments are closed.