Joe Biden. foto Reuters

WASHINGTON – Joe Biden berkata, ”rakyat terbukti menang” setelah kemenangannya dalam Pilihan Raya Presiden disahkan oleh Badan Perwakilan Pemilih atau Electoral College.

Dalam ucapannya setelah pengumuman tersebut, Biden berkata, demokrasi Amerika Syarikat (AS) telah “berdidorong, diuji dan diancam” dan “terbukti bertahan, benar dan kuat”.

Pengesahan itu adalah salah satu langkah terakhir yang diperlukan untuk Biden mengambil alih jawatan Presiden AS pada 20 Januari ini.

Presiden Donald Trump dijangka tidak menerima keputusan Electoral College.

Biden memenangi pilihan raya yang diadakan pada bulan November lalu dengan 306 undi berbanding 232 undi yang diperoleh Donald Trump.

Bercakap di Delaware, Biden merujuk pada upaya berulang kali merujuk kepada usaha Trump untuk mencabar keputusan pilihan raya itu dengan mendakwa alasan berlaku penipuan yang tidak berasas.

Biden turut memuji pengundi-pengundi kerana menolak untuk dibuli.

”Api demokrasi dinyalakan di negara ini sejak dulu lagi. Dan kita tahu bahawa tidak ada wabak bahkan penyalahgunaan kuasa dapat memadamkan api itu,” katanya. – MalaysiaGazette