Jumlah kumulatif kes COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak di Amerika Syarikat (AS) sudah melebihi enam juta,- Gambar hiasan.
WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) merekodkan sebanyak 277,000 jumlah kes jangkitan pada hari Sabtu – kes tertinggi harian yang direkodkan dalam sehari.
Dengan pertambahan kes itu, AS mencatatkan 20.4 juta kes secara keseluruhannya dengan 350,000 kes kematian.
Kes jangkitan telah meningkat dalam beberapa bulan lalu.
Saintis AS, Anthony Fauci sebelum ini memberi amaran bahawa gelombong wabak terburuk masih belum muncul, mendorong negara ini berada pada tahap kritikal kerana musim percutian boleh menyebarkan virus.
Negara ini telah gagal dalam usahanya membendung wabak Covid-19, dengan program vaksinasi dilanda masalah logistik dan kapasiti katil hospital yang semakin terhad.
Lebih daripada 4.2 juta orang di AS telah menerima suntikan pertama, dengan 13 juta dos diedarkan.
Tetapi itu jauh di belakang 20 juta vaksinasi yang dijanjikan oleh pentadbiran Presiden Donald Trump pada akhir tahun 2020.
Sementara itu, New York melepasi satu juta kes Covid-19 dengan lebih 30,000 penduduknya mati akibat virus tersebut.
Lebih daripada satu pertiga daripada jumlah kes di negeri ini dilaporkan pada bulan Disember kerana cuaca sejuk mendorong lebih ramai orang duduk di dalam rumah, peningkatan dalam perjumpaan sosial dan penduduk bosan dengan sekatan.
Pada hari pertama 2021, AS melepasi 20 juta kes Covid-19 – dua kali lebih banyak dari India. – MalaysiaGazette