Azhar Yahya

KUALA LUMPUR – Langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Pengisytiharan Proklamasi Darurat yang diumumkan Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong semalam, untuk memelihara nyawa rakyat dari ancaman Covid-19.

Pesuruhjaya Badan Perhubungan Pas Wilayah Persekutuan (BPPWP), Azhar Yahya berkata, selain wabak Covid-19, rakyat juga berdepan dengan bencana banjir yang memusnahkan harta benda dan nyawa penduduk.

Katanya, keputusan dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah adalah langkah tepat dan bijaksana.

“BPPWP menjunjung titah perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk pelaksanaan darurat menerusi kenyataan media oleh Istana Negara semalam.

“Kita mengambil maklum pengisytiharan darurat ini dibenarkan di bawah Perkara 150(1) Perlembagaan Persekutuan sekiranya baginda berpuas hati wujudnya ancaman besar ke atas keselamatan negara, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Azhar berkata, pihaknya BPPWP berpendirian pilihan raya bukan prioriti untuk diadakan dalam situasi gawat ini, tetapi melandaikan lekuk jangkitan Covid-19 adalah lebih utama.

Beliau yakin proklamasi darurat itu tidak akan mengancam kestabilan pentadbiran di peringkat Persekutuan dan negeri seperti berlaku di Parlimen Gerik, dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya apabila darurat diisytiharkan pada 16 Disember tahun lalu.

Beliau juga menyeru rakyat memahami keutamaan yang sepatutnya, bersatu hati walau apa juga fahaman politik demi menjaga kemaslahatan rakyat dan kestabilan politik negara. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. anwar BERANGAN jadi pm …salahudin ayub meremehnya seolah kjaan di bawah ketiak YDPA tapi menolak darurat Kononya tidak relevan…samalah dgn 3 org doktor PM,TPM M Kesihatan P UNAH H arapan menolak cadangan pelancong CINA disekat masa awal corona covid d WUHAN.

  2. Persidangan parlimen di era darurat kali ini.

    Tak boleh dinafikan peranan parlimen dlm negara demokrasi spt Msia.

    Namun begitu jika kita imbas kembali peristiwa2 dan cara perbahasan di parlimen kita dimutakir ini, yg penuh dgn jerit pekit, caci mencaci, kata mengata, tuduh menuduh dan sebagainya…..ada kah itu menyuburkan amalan sistem demokrasi berpalimen utk membolehkan suara rakyat disuarakan, didengar dan dibahas bagi faedah rakyat itu sendiri?

    Malah yang paling muak apabila majoriti ahli2 parlimen lebih banyak “berpolitik” dan memihak kpd masalah yg dihadapi individu2 tertentu dari menyuarakan masalah rakyat dan negara.

    Oleh kerana itu, sesuai dengan keadaan sekarang di mana negara menghadapi pelbagai masalah ekoran penularan wabak pendomik coved-19 dan kesan yang tertanggung oleh rakyar khususnya, maka adalah sesuai negara kita diletak dalam undang2 darurat serta persidangan parlimen ditiadakan dalam jangka waktu ini.

    Sekarang adalah masa utk “bekerja” bagi membantu rakyat yg terkesan serta memulihkan ekonomi negara secara bersungguh2.

    Ini dok asyik berpolitik yg tak berkesudahan – apa kebaikannya.

    Jika dibangkitkan implikasi perundangan mengenainya, biar lah mereka yg pakar menyelesaikannya dari menyerahkannya kpd ahli2 politik yang dilihat lebih kpd kepentingan diri semata2.

    Balas

Comments are closed.