Mahfuz Omar

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (Amanah) menyatakan pendiriannya untuk tidak menyertai sebarang jawatankuasa yang dibentuk untuk mengendalikan darurat.

Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar turut mengajak Ahli Parlimen dari Pakatan Harapan (PH) dan blok pembangkang untuk turut bersama parti itu menolak sebarang pembentukan jawatankuasa.

Beliau memberi alasan, tiada keperluan darurat yang dicadangkan Perdana Menteri itu diisytiharkan, kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Jemaah Menteri sudah hilang bilangan majoriti Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Katanya, Perikatan Nasional (PN) adalah kerajaan yang merampas mandat rakyat dan kini, di waktu keputusan untuk darurat dibuat oleh Jemaah Menteri, kerajaan sudah hilang sokongan kepada 109 daripada 110 Ahli Dewan Rakyat.

“Ketika darurat diumumkan kerajaan PN ada 110 sokongan, sekarang sudah ada 109 Ahli Dewan.

“Ini jelas, Perdana Menteri dan Jemaah Menteri yang ada ini secara moralnya tidak wujud lagi dan tidak layak membuat keputusan serta mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menjelaskan, jika Ahli Dewan Rakyat dari blok pembangkang menyertai sebarang jawatankuasa itu, bermakna mereka memperakui keabsahan perdana menteri dan PN sebagai kerajaan. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. amanah yang jad am NANAH di bawah mahfuz salahudin hanipa mujahid khalid asmuni hasanudin zulkifly ahmad yg di dukung mat saburabut….inilah pimpinan yg sentiasa HASUT menghasut wpun ada sebiji Zarah kebaikan…proksinya menuding jari pada yg lain tetapi 4 jari ke batang hidung sendiri.

  2. Persidangan parlimen di era darurat kali ini.

    Tak boleh dinafikan peranan parlimen dlm negara demokrasi spt Msia.

    Namun begitu jika kita imbas kembali peristiwa2 dan cara perbahasan di parlimen kita dimutakir ini, yg penuh dgn jerit pekit, caci mencaci, kata mengata, tuduh menuduh dan sebagainya…..ada kah itu menyuburkan amalan sistem demokrasi berpalimen utk membolehkan suara rakyat disuarakan, didengar dan dibahas bagi faedah rakyat itu sendiri?

    Malah yang paling muak apabila majoriti ahli2 parlimen lebih banyak “berpolitik” dan memihak kpd masalah yg dihadapi individu2 tertentu dari menyuarakan masalah rakyat dan negara.

    Oleh kerana itu, sesuai dengan keadaan sekarang di mana negara menghadapi pelbagai masalah ekoran penularan wabak pendomik coved-19 dan kesan yang tertanggung oleh rakyar khususnya, maka adalah sesuai negara kita diletak dalam undang2 darurat serta persidangan parlimen ditiadakan dalam jangka waktu ini.

    Sekarang adalah masa utk “bekerja” bagi membantu rakyat yg terkesan serta memulihkan ekonomi negara secara bersungguh2.

    Ini dok asyik berpolitik yg tak berkesudahan – apa kebaikannya.

    Jika dibangkitkan implikasi perundangan mengenainya, biar lah mereka yg pakar menyelesaikannya dari menyerahkannya kpd ahli2 politik yang dilihat lebih kpd kepentingan diri semata2.

    Balas

  3. Ajak masuk jd jawatankuasa, taknak. Nti kerajaan buat keputusan, ko kata tak adil. Puak ni otak mcm belacan.

  4. PAN kan Barua DAP so apa yang mereka mahu buat mesti tanya Big Boss dia dulu.Hidup mereka bukan untuk rakyat tetapi hanya bagi kesenangan DAP saja…pi lingkup PAN dan PH yg menyusahkan rakyat Malaysia…Mereka patut dinyahkan selama-lamanya

Comments are closed.