Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan kes baharu positif Covid-19 masih mencatatkan bilangan lebih 3,000 hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham sebanyak 3,585 kes baharu dicatatkan berbanding 3,048 kes semalam.

“Kes tempatan adalah sebanyak 3,053 kes melibatkan warganegara dan 529 melibatkan bukan warga negara. Tiga kes import melibatkan satu kes warganegara dan dua bulan warganegara direkodkan hari ini,” demikian menurut Twitter Noor Hisham.

Daripada jumlah itu, 280 kes dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi dan 111 lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.

Bagaimanapun, kes sembuh meningkat hari ini kepada 4,076 kes berbanding 3,638 kes semalam.

Menurut Noor Hisham, jumlah kes sembuh setakat ini adalah 149,160 kes.

Dalam pada itu, jumlah kematian sama seperti semalam iaitu 11 kematian menjadikan jumlah keseluruhan korban ekoran Covid-19 adalah 700 orang. – MalaysiaGazette