Nik Khatijah Nik Mud strangled IKRAM murder Selangor Criminal Investigation Department Chief, Senior Assistant Commissioner Datuk Fadzil Ahmat
Selangor Criminal Investigation Department Chief, Senior Assistant Commissioner Datuk Fadzil Ahmat

KUALA LUMPUR – Polis Selangor telah menahan 17 individu yang disyaki terlibat dalam pergaduhan yang membabitkan kumpulan gangster, Geng 08 dan Geng 36, di Taman Juara Jaya, Batu 9 Cheras pada Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Datuk Fadzil Ahmat berkata, ada dalam kalangan suspek itu disambung reman untuk membantu siasatan kes tersebut.

“Tindakan Ops Cantas bagi membuat tangkapan kesemua suspek itu dilaksanakan oleh JSJ Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor, Kajang dan Cheras.

“Tangkapan turut dilaksanakan oleh JSJ polis daerah lain dan juga pasukan narkotik di negeri Selangor dalam Ops Cantas sama ke atas suspek kumpulan kedua-dua geng tersebut.

Pada Isnin lalu, MalaysiaGazette melaporkan polis menahan 10 orang menerusi Ops Cantas berikutan pergaduhan dua kumpulan Geng 08 Sungai Besi Indah di Serdang dan Geng 36 Bukit Belimbing di Kajang.

Fadzil berkata, mereka ditangkap selepas insiden pergaduhan yang membabitkan parang berikutan perebutan kawasan penjualan dadah.

Geng 08 diketuai lelaki bernama Sara 08 bersama orang kanannya Rajie 5000 manakala geng 36 diketuai lelaki kacukan India dan Cina bernama Tan atau nama sebenarnya Tan Eng Sun.

Tan kini diburu polis bersama 22 lagi suspek disyaki menganggotai kedua-dua kumpulan gangster itu yang dipercayai terlibat dalam pengendalian dan penjualan dadah yang kini disiasat polis.

Pergaduhan dua kumpulan berkenaan dilaporkan berlaku pada jam 6.37 petang apabila Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menerima panggilan mengenainya. – MalaysiaGazette

Rebut kawasan jual dadah punca pergaduhan 2 kumpulan di Cheras – KJSJ Selangor

Ketua Geng 36 bernama Tan diburu