Menerusi akaun Instagramnya yang menggunakan nama Bahariah Khalid, wanita itu meminta maaf sekiranya pertengkarannya dengan seorang pemandu di lampu isyarat berhadapan dengan Hospital Serdang.

KUALA LUMPUR – Selepas videonya bertengkar dengan pengguna jalan raya tular, akhirnya wanita yang merupakan kakitangan Universti Putra Malaysia (UPM) itu tampil membuat permohonan maaf di media sosial.

Menerusi akaun Instagramnya yang menggunakan nama Bahariah Khalid, wanita itu meminta maaf sekiranya pertengkarannya dengan seorang pemandu di lampu isyarat berhadapan dengan Hospital Serdang itu merupakan kesilapannya dirinya.

Beliau juga berkata, akan memaafkan semua sekiranya sebaliknya.

“Jika saya salah, saya minta maaf. Jika saya betul, saya maafkan semua. Sebarkan positiviti,” katanya ringkas.

Untuk rekod tular video berdurasi lebih dua minit, wanita itu bertengkar dengan pemandu lain yang merupakan seorang lelaki di kawasan lampu isyarat berhadapan hospital berkenaan.

Beliau didakwa mahu membuat pusingan U secara melulu dan membahayakan pemandu lain.

Selain bertikam lidah, kedengaran wanita tersebut mengeluarkan kata-kata kesat kepada pemandu berkenaan.

UPM dalam kenyataan berkata, pihaknya sedang menyiasat insiden tersebut selain menyifatkan bahawa tindakan wanita berkenaan idak mencerminkan sahsiah serta etika yang diterapkan oleh institusi pengajian tinggi awam berkenaan.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

UPM siasat video tular kakitangannya bertengkar di jalan raya

2 Komen

  1. Ada tak peruntukan jika kesalahan memaki, menjatuhkan aib orang, kesalahan lalulintas uturn bukan ditempat yg dibenarkn .. penjara 1 hari.

Comments are closed.