Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin (dua kiri) diiringi Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datuk Ruslin Jusoh (kiri) menyempurnakan gimik perasmian pada Perasmian Bas Mobile JPN di hadapan Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya. Foto SYAFIQ AMBAK, 18 MAC 2021.

PUTRAJAYA – Langkah Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengadakan rundingan dengan UMNO, mungkin disebabkan sudah letih menjadi pembangkang.

Menurut Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Hamzah Zainuddin, Presiden PKR, kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa perbincangan mengenai kerjasama diadakan dengan UMNO membuktikan parti itu sudah tidak mahu menjadi pembangkang.

“Kalau PKR (bekerjasama) dengan UMNO, mungkin dia tak nak jadi pembangkang lagi lah,” katanya pada sidang media selepas merasmikan ‘Bas Mobile’ JPN Generasi Baharu di kementeriannya, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ismail Mohamed Said.

Hamzah berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pembangkang itu bahawa beliau tidak menolak kemungkinan parti tersebut akan bekerjasama dengan UMNO.

Pada Selasa lalu, Anwar mendakwa perbincangan tidak rasmi antara partinya dan UMNO diadakan bagi menjalin kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Bagaimanapun, Anwar berkata, langkah untuk mengadakan kerjasama dengan UMNO berada pada peringkat perbincangan.

Malah kerjasama itu akan menjadi kenyataan jika UMNO tekad memutuskan hubungan dengan Bersatu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast