businessman Mun Chol Myong (left) and his lawyer, Jagjit Singh at ther Kuala Lumpur Courts Complex in 2019. PIX: Agensi extradition North Korea US United States America money-laundering Malaysia
Mun Chol Myong (left) and his lawyer, Jagjit Singh at ther Kuala Lumpur Courts Complex in 2019.PIX: Agensi

WASHINGTON – Seorang warganegara Korea Utara yang dituduh melakukan penggubahan wang haram oleh Amerika Syarikat untuk mengelak sekatan Amerika Syarikat (AS) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) disebabkan program senjata nuklear negaranya, muncul di mahkamah di sini setelah diekstradisi dari Malaysia.

Jabatan Kehakiman AS mengatakan Mun Chol Myong, seorang ahli perniagaan yang dikatakannya ada kaitan dengan organisasi perisikan utama Korea Utara, Biro Pengintipan Umum, adalah warga Korea Utara pertama yang diekstradisi ke AS.

Mun muncul di Mahkamah Persekutuan di Washington, yang mana dia didakwa pada Mei 2019 atas enam tuduhan pengubahan wang haram, termasuk konspirasi untuk melakukan pengubahan wang haram.

Dia ditangkap di Malaysia pada tahun 2019 setelah AS menuduhnya mencuci wang melalui entiti lain untuk dan mengeluarkan dokumen palsu untuk menyokong penghantaran haram ke Korea Utara.

Mun menafikan tuduhan itu dengan mengatakan dakwaan tersebut bermotivasi politik.

Peguamnya, Michelle Peterson, enggan mengulas mengenai dakwaan itu.

Korea Utara telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia pada Jumaat lalu selepas Mun diekstradisi.

Dakwaan tersebut mengatakan Mun telah pindah ke Malaysia dari Singapura, yang mana dia bekerja dengan sebuah firma bernama Sinsar Trading, yang membeli barang mewah yang dibenarkan seperti minuman keras dan tembakau.

Nilai urus niaga pengubahan wang haram yang dilakukan Mun lebih daripada AS$1.5 juta.

John Demers, penolong Peguam Negara AS untuk keselamatan negara, mengatakan tindakan Mun bertujuan untuk lari daripada sekatan AS dan PBB. – MalaysiaGazette