Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan dicadang menubuhkan satu jawatankuasa melibatkan ahli-ahli Parlimen bagi mengawal selia tadbir urus Tabung Haji (TH) dalam menjadikan institusi kewangan islam itu berada pada landasan yang lebih baik.

Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS), Universiti Putra Malaysia, Prof. Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, melalui kaedah itu, ia tidak akan mewujudkan satu arahan atau kuasa campur tangan politik dari seseorang seperti sebelum ini.

“Saya lihat lebih sesuai sebenarnya meletakkan kawal selia dibawah satu jawatankuasa ahli-ahli parlimen sebab TH merupakan badan berkanun dan mempunyai akta sendiri jadi segala yang berlaku dalam TH itu perlu dilaporkan.

“Tetapi jika mahu ikhlas untuk memastikan memenuhi objektifnya maka apa salahnya satu jawatankuasa penyelia ditubuhkan.

“Mereka inilah yang akan mengawal selia Th supaya apa sahaja berlaku dibentangkan di Parlimen tidak hanya mengikut peraturan menteri tertentu shaja.” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Beliau berkata demikian susulan kebimbangannya mengenai penambaikan TH untuk diletakkan sebagai sebuah institusi kewangan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Ahmed Razman menambah, apabila terlalu banyak berlaku campur tangan politik dalam institusi TH, ia akan terus memberi kesan yang buruk seperti berlakunya pertukaran Ketua Pegawai Eksekutif TH baru-baru ini.

“Itulah kebimbangan kerana saya risau ketidaktelusan itu kekal sebab kita lihat baru-baru ini Ceo TH ditukarkan. Mungkin ada sebabnya, mengapa ianya bertukar walaupun tidak cukup tempoh lantikkanya dan ini yang kita tidak mahu.

“Kalau seseorang itu diberi mandat menjadi Ceo TH sudah tentu seseorang mestilah mempunyai kepakaran, pengetahuan, kepimpinan yang paling sesuai untuk memimpin TH dan orang sedemikian itu patut dibenarkan jalankan tanggungjawabnya sehingga akhir kontrak.

“Jika tidak berlaku masalah serius boleh berlaku dalam TH dengan mengalami kerugian yang besar serta salah laku maka CEO sepatutnya dibenarkan untuk menjalankan tanggungjawab sehingga tempoh itu,” katanya.

Justeru, Ahmed Razman berpandangan dengan penubuhan jawatankuasa penyelia yang dipimpin oleh ahli parti politik sekaligus dapat menangani permasalahan dalaman  tadbir urus TH secara telus.

Menerusi perbentangan di peringkat parlimen dan bukannya bertindak menerusi satu arahan berkepentingan politik lagi. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Apa jaminan tiada campur tangan politik selepas TH dikawal BNM?