Lima lagi anggota kanan kumpulan pengganas di Afrika tersenarai dalam Senarai Khas Pengganas Global.- Gambar hiasan.

WASHINGTON – Lima lagi anggota kanan kumpulan pengganas di Afrika tersenarai dalam Senarai Khas Pengganas Global.

Tindakan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) itu membolehkan AS kini menyekat akses ke atas harta benda atau kepentingan lain yang dimiliki mereka di negara itu.

Setiausaha Negara AS, Antony Blinken dalam satu kenyataan berkata, mengetuai senarai tambahan itu ialah Bonomade Machude Omar iaitu Komander Kanan Daesh-Mozambique yang mengetuai serangan di Hotel Amarula Mac lalu.

Dalam serangan di bandar Palma itu, pengganas dilaporkan memenggal kepala penduduk dan menggeledah bangunan selain itu Omar juga didakwa mendalangi serangan lain di Mozambique serta Tanzania.

Turut disenaraikan ialah pemimpin kanan Jamaahat Nasr al-Islam wal Muslimin (JNIM) cawangan Al-Qaeda yang berpangkalan di Mali, Sidan ag Hitta dan Salem Ould Breihmatt.

Turut disenaraikan, jurucakap kumpulan militan Al-Shabaab, Ali Mohamed Rage dan perancang operasi kumpulan itu, Abdikadir Mohamed Abdikadir.

Blinken berkata, kedua-duanya merancang serangan untuk al-Shabaab yang disenaraikan Washington sebagai gerakan pengganas pada tahun 2008. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast