Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Presiden Pas menyifatkan pihak-pihak yang menolak pelawaan untuk bersatu padu menyelamatkan rakyat dan negara demi memenuhi kehendak politik peribadi yang sempit adalah kelompok gila kuasa yang tidak mempedulikan nyawa rakyat.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dalam keadaan rakyat di seluruh dunia sedang berdepan dengan pandemik Covid-19 yang masih menular, keselamatan nyawa rakyat daripada bahaya wabak itu hendaklah diutamakan.

Menurut beliau, masalah ekonomi yang dihadapi kesan daripada pandemik Covid-19 yang membebankan semua rakyat tanpa mengira agama, kaum dan fahaman politik, perlu diselesaikan secara perpaduan dan hendaklah diutamakan tanpa menghabiskan masa kerana mahukan kuasa semata-mata.

Tambahnya, kita dapat menilai bagi menerima kalangan mereka yang bersikap ingin menyelamatkan nyawa rakyat dan juga menolak kalangan mereka yang gila kuasa tanpa mempedulikan nyawa rakyat.

”Kita berada dalam bahtera negara yang sedang menghadapi taufan wabak yang mengganas dan mengancam nyawa rakyat, serta kesannya terhadap masalah kehidupan.

”Tiba-tiba hari ini diganggu oleh mereka yang ingin merampas kuasa yang nyata menjadi masalah dan nyata pernah gagal menyelesaikan masalahnya. Maka, peluang sepatutnya diberikan kepada kerajaan dalam tempoh yang sepatutnya,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Abdul Hadi yang juga duta khas perdana menteri ke Timur Tengah menambah, janganlah disebabkan tidak boleh bersabar seketika, semua akan menerima padah dan masalah yang lebih besar dan lebih berat untuk dipikul.

”Maka, tawaran Perdana Menteri kepada semua parti politik bagi mendapatkan kepercayaan bersama terhadap kerajaan terkini supaya memberikan masa untuk menyelesaikan masalah, sepatutnya diterima secara positif.

”Setelah kita mengalami kemelut kerajaan dahulu yang bermasalah, sepatutnya kita memberikan masa kepada kerajaan hari ini agar dapat menyelesaikan masalah bersama.Selepas keadaan mengizinkan, maka barulah kita kembalikan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang mereka mahu dengan selesa,” tambahnya.

Abdul Hadi berkata, pendekatan menghulur tangan dengan mengajak semua pihak tanpa mengira kerajaan sahaja demi menyelesaikan masalah darurat musibah dan bencana, sepatutnya diselesaikan secara kemanusiaan tanpa mempedulikan perbezaan dan hendaklah diutamakan lebih daripada kepentingan peribadi dan kelompok tertentu sahaja.

Menurutnya, hanya mereka yang tidak berperikemanusiaan sahaja tidak akan mempedulikan keadaan rakyat yang perlu diselamatkan sekarang.

”Cukuplah menjadi pengajaran kepada rakyat terhadap kerajaan yang telah lama memerintah, sehingga mereka dibejati dengan penyakit rasuah. Kemudian, rakyat membuat perubahan kepada sebuah kerajaan yang menawarkan pelbagai janji, sehingga berani merombak asas Perlembagaan dan kedaulatan Islam dan akhirnya telah dijatuhkan,” ujar beliau lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. “Lagipun, usul bertulis yang diedarkan dan dipersetujui dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) adalah mengenai ketetapan parti tidak akan bekerjasama dengan Bersatu, dengan ahli-ahli Parlimen UMNO akan terus kekal menyokong kerajaan PN sehingga Parlimen terbubar.

    …..INILAH BUKTI LIDAH MUNAFIK…PIMPINAN me LAYU UMNOGOK….mereka sanggup berdendam dan SEKARANG putus SILATURAHIM SESAMA BANGSA DAN AGAMA….kononya lebih untuk rakyat…..tapi lebih agenda nafsu berkuasa

    TIADA KERAJAAN YANG SEMPURNA….TAPI ADA RUANG UTK DITAMBAHBAIK…TAWARAN DIBUAT TAPI DENGAN ANGKUH MENOLAK SEBELUM DIPERHALUSI DAN DIBINCANG

    TAHNIAH UMNOGOK LEBIH SANGGUP MEnJILAT LUDAH DAPIGS ….amNANAH yang JELAS FITNAH UMNO SERAH RM 90 JUTA PADA PAS….HARI INI TERMAKAN FITNAH P unah H arapan kononnya RM30JUTA UNTUK GADAILELONG MP.

    TERGADAI SUDAH MARUAH DAN TANGISAN KEINSAFAN PADA HIMPUNAN UMMAH DAN MUAFAKAT NASIONAL

Comments are closed.