Radamel Falcao. Foto marca.com.

LONDON – Penyerang yang pernah dikaitkan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT), Radamel Falcao kembali ke saingan La Liga apabila dia dilaporkan bakal menyertai Rayo Vallecano.

Berita itu dikongsikan Fabrizio Romano selepas Falcao bersetuju dengan syarat yang diberikan oleh kelab itu.

Pemain berusia 35 tahun itu kini hanya menunggu pengumuman rasmi dari Rayo Vallecano mengenai ketibaannya.

Sebelum ini, portal sukan Turki dan wartawan sukan di Colombia mendedahkan Falcao bakal menyertai JDT selepas menamatkan kontrak beliau bersama Galatasaray pada awal musim 2021/2022.

Namun, JDT pantas menafikan berita tersebut dengan menyatakan kelab tidak mempunyai kemampuan kewangan yang mencukupi bagi menandatangani pemain seperti Falcao ekoran pandemik Covid-19 yang sedang melanda dunia ketika ini.
Saingan La Liga tidak asing bagi Falcao kerana sebelum ini dia beraksi bersama Atletico Madrid dan pernah memenangi beberapa kejuaraan antaranya Copa Del Rey pada musim 2012/2013.

Dia juga mempunyai rekod jaringan yang baik bersama Atletico dengan menjaringkan 52 gol dalam 68 penampilan sepanjang dua musim beraksi bersama seteru Real Madrid itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast