Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 21,582 kes sembuh Covid-19 hari ini dengan kes kumulatif sembuh 1,550,254 dilaporkan hari ini.

Manakala kematian pula merekodkan sebanyak 362 kes dengan jumlah kesemuanya kini berjumlah 17,883.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ketika ini, seramai 978 sedang dirawat di di unit rawatan rapi (ICU) manakala yang memerlukan bantuan alat pernafasan seramai 460 pesakit.

“Jumlah kes baharu setakat jam 12 tengahari sebanyak 19,057 kes dengan 19,047 adalah melibatkan kes tempatan manakala 10 merupakan kes import.

“Kes aktif setakat hari ini sebanyak 256,302 kes,” katanya dalam sidang media harian hari ini.

Sebelum itu,Dr. Noor Hisham memberitahu, Selangor kekal di atas dengan 3,775 kes diikuti Sarawak (2,723 kes) dan Sabah (2,279 kes).

Berikut pecahan kes setiap negeri:

Selangor – 3,775
WPKL – 711
Sabah – 2,279
Johor – 2,077
Sarawak – 2,723
Kedah – 1,329
Pulau Pinang – 1,558
Negeri Sembilan – 242
Kelantan – 1,434
Perak – 1,450
Melaka – 338
Pahang – 410
Terengganu – 605
WP Labuan – 9
WP Putrajaya – 18
Perlis – 99 -MalaysiaGazette