Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$116.3 bilion pada 30 Ogos 2021 meningkat berbanding AS$11.3 bilion pada 13 Ogos lalu.

Paras rizab yang lebih tinggi ini mencerminkan terutamanya peruntukan tambahan Hak Pengeluaran Khas (SDR) kepada Malaysia berjumlah SDR3.5 bilion, bersamaan dengan AS$5.0 bilion oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Bank Pusat itu berkata, peruntukan SDR ini akan menyediakan mudah tunai tambahan kepada sistem kewangan global, memperkukuh rizab, meningkatkan keyakinan, serta memperkuat daya tahan ekonomi dunia.

Paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.3 bulan import tertangguh dan 1.3 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek, tambahnya. – MalaysiaGazette