Covid-19 cases

KUALA LUMPUR – Selangor untuk pertama kalinya mencatatkan penurunan kes harian Covid-19 hari ini, dengan merekodkan 979 kes berbanding 1,558 kes semalam.

Menerusi data dan infografik yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan, kes harian jangkitan Covid-19 keseluruhan juga menurun ke angka bawah 11,000, yang mana rekod menunjukkan sehingga jam 12 tengah hari ini, sebanyak 10,959 kes dilaporkan.

Laporan semalam, KKM merekodkan kes jangkitan harian sebanyak 13,104, menurun sebanyak 2,145 kes.

Selain Selangor, beberapa negeri lain juga menunjukkan penurunan kes iaitu Kelantan 983 kes hari ini berbanding 1,206 semalam.

Diikuti Perlis 51 kes hari ini berbanding 80 kes semalam, Kedah (660 / 721), Pulau Pinang (793 / 955), Perak (713 / 994), Kuala Lumpur (176 / 270), Putrajaya (18), Negeri Sembilan (110 / 165), Melaka (346 / 362), Terengganu 691 / 685), Pahang (739 / 604) dan Johor 1,226 / 1,455).

Manakala Sabah pula merekodkan 751 kes hari berbanding semalam 1,078 kes, Labuan kosong kes dan Sarawak (2,723 / 2,943)

Secara kumulatifnya kes jangkitan positif Covid hari ini berjumlah 2,209,194 juta kes. – MalaysiaGazette