Siswa Bersatu Malaysia

KUANTAN – Siswa Bersatu Malaysia (Siswa Bersatu) menuntut penjelasan menyeluruh pihak pengurusan Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengenai kejadian salah seorang peserta Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) 2026 meninggal dunia ketika acara itu berlangsung.

Dalam satu kenyataan, katanya, kejadian itu tidak sewajarnya berlaku sekiranya aspek keselamatan, pemantauan serta prosedur kecemasan diberi perhatian serius pihak pengurusan ketika acara berlangsung.

“Siswa Bersatu turut mengambil maklum bahawa sebelum ini pernah berlaku insiden melibatkan mahasiswa UiTM Jasin dalam program KKEC.

“Sehubungan itu, persoalan kami jelas, apakah penambahbaikan yang telah dilaksanakan selepas insiden tersebut? Apakah penilaian risiko yang dibuat dan apakah langkah keselamatan yang benar-benar diperketatkan?

“Jika langkah penambahbaikan telah dilaksanakan, mengapa targedi seperti ini masih berlaku?,” soalnya.

Siswa Bersatu berkata, ia tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak atau membuat sebarang kesimpulan sebelum siasatan lengkap dijalankan.

Namun, pihak pengurusan universiti khususnya bahagian hal ehwal pelajar perlu memberi penjelasan terbuka dan bertanggungjawab berhubung insiden terbabit, tindakan kecemasan yang telah diambil serta langkah seterusnya selepas ia berlaku. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

UiTM sahkan pelajar sertai Komander Kesatria Endurance Challenge meninggal dunia

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here