Kementerian Kesihatan  mengesan sebanyak tujuh lagi kluster baharu Covid-19 hari ini.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan  (KKM) mengesan sebanyak 14 lagi kluster baharu Covid-19 hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penemuan baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kluster Covid-19 di negara ini adalah sebanyak 5,611.

Katanya, sebanyak enam daripada kluster yang ditemui membabitkan tempat kerja, lima kluster komuniti, dua kluster pendidikan dan satu kluster daripada kumpulan berisiko tinggi.

“Terdapat 783 kluster lagi yang masih dikategorikan aktif namun, sebanyak 4,828 kluster telahpun ditamatkan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu, Dr. Noor Hisham memaklumkan negara mencatatkan bilangan kes positif baharu Covid-19 dengan jumlah jangkitan sebanyak 7,276 kes dalam tempoh 24 jam lalu.

Katanya, daripada jumlah itu sebanyak 7,266 kes merupakan penularan tempatan dan 10 lagi kes import.

Tambahnya, berdasarkan kes baharu tersebut sebanyak 150 merupakan kes dalam kategori, tiga, empat dan lima manakala, 7,126 kes lagi terdiri daripada kategori satu dan dua.

Noor Hisham memberitahu, terdapat 724 kes kini sedang di rawat di Unit Rawatan Rapi dengan 398 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Bagaimanapun, jumlah kes sembuh baharu turut tinggi iaitu sebanyak 10,555 kes. – MalaysiaGazette