dpmm
Orang awam yang disyaki positif Covid-19 hadir seawal pagi bagi melakukan penilaian kesihatan di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), Dewan Serbaguna Pelabuhan Klang. Foto MOHD ADZLAN, 01 OGOS 2021. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Malaysia hari ini mencatatkan sejumlah 7,950 kes kes positif baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penambahan tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes kini 2,361,529.

Semalam, negara merekodkan sejumlah 7,276 jangkitan baharu berbanding hari sebelumnya iaitu 6,709 kes. – MalaysiaGazette