Parti Tindakan Demokratik (DAP) bakal mempertahankan kesemua lapan kerusi yang dimenanginya sebelum ini dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, daripada jumlah itu, hanya dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan menampilkan dua calon baharu iaitu Pengkalan Batu dan Bandar Hilir.