Lim Guan Eng.

KUALA LUMPUR – Meskipun bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bemban, Dr Wong Fort Pin tidak dinamakan sebagai calon namun beliau komited membantu DAP mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, sebaliknya tugas untuk mempertahankan kerusi DUN Bemban kini terletak di bahu Pengerusi DAP Melaka, Datuk Tey Kok Kiew bagi mengantikan Fort Pin.

“Dr Wong Fort Pin, bekas ADUN Bemban menyatakan kesediaan beliau untuk menyokong calon yang dinamakan oleh DAP untuk kawasan DUN Bemban.

“Kesetiaannya kepada parti dan kesediaan beliau untuk terus menyokong calon DAP Bemban, saya rasa kita akan ingat.

“Saudara Tey Kok Kiew bersedia untuk memastikan kita (DAP) kekal di kawasan DUN Bemban.

“Itu adalah satu cabaran, beliau akan berikan segala usaha untuk mencapai kemenangan,” katanya pada sidang media secara langsung di Facebook Live Ibu Pejabat DAP hari ini.

Terdahulu Guan Eng mengumumkan senarai calon DAP bagi mempertahankan lapan kerusi DUN dalam PRN Melaka pada 20 November ini.

Daripada jumlah itu, DAP menampilkan dua calon baharu iaitu Muhamad Danish Zainudin untuk kerusi N15 Pengkalan Batu dan Leng Chau Yen bagi kerusi N22 Bandar Hilir.

Selain itu, DAP turut mengekalkan enam calon sedia ada iaitu Saminathan Ganesan (N07 Gadek), Kerk Chee Yee (Ayer Keruh), Allex Seah Shoo Chin (N19 Kesidang), Low Chee Leong (N20 Kota Laksamana), Damian Yeo Shen Li (N21 Duyong) dan Tey Kok Kiew (N24 Bemban). – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

DAP pertahan lapan kerusi, tampil dua muka baharu dalam PRN Melaka

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast