Patung Pillar of Shame yang ditempatkan di University of Hong Kong sudah dipindahkan. foto SCMP

HONG KONG – Sebuah patung terkenal yang ditempatkan di Universiti Hong Kong bagi memperingati pembunuhan beramai-ramai di Dataran Tiananmen, China telah dialihkan pada lewat hari Rabu.

Patung itu menunjukkan mayat bertimbun untuk memperingati penunjuk perasaan pro-demokrasi yang dibunuh oleh pihak berkuasa China pada 1989.

Ia adalah salah satu daripada beberapa tugu peringatan awam yang tinggal di Hong Kong bagi memperingati insiden itu, yang merupakan topik sangat sensitif di China.

Penyingkirannya berlaku ketika Beijing semakin bertindak keras terhadap perbezaan pendapat politik di Hong Kong.

Bandar ini pernah menjadi salah satu daripada beberapa tempat di China yang membenarkan peringatan umum bagi protes insiden Tiananmen.

Universiti itu pada mulanya telah mengarahkan pengalihan patung itu – dipanggil Pillar of Shame – dibuat pada bulan Oktober.

“Keputusan mengenai patung itu berdasarkan nasihat undang-undang luar dan penilaian risiko untuk kepentingan terbaik universiti.

“Pihak universiti juga amat mengambil berat tentang potensi isu keselamatan yang terhasil daripada patung yang rapuh itu,” katanya dalam satu kenyataan pada hari ini.

Tanda pertama patung itu diturunkan pada lewat hari Rabu, sebaik sahaja kawasan universiti itu dipagar.

Pekerja pembinaan bekerja semalaman di belakang penghadang plastik untuk memindahkan patung tembaga sepanjang 8m (26 kaki) itu.

Pengawal keselamatan menghalang wartawan daripada mendekati dan cuba menghalang mereka daripada membuat penggambaran.

Tugu itu telah diletakkan di kampus tersebut selama lebih daripada dua dekad.

Sekarang, walaupun ia terpaksa dikeluarkan d tengah-tengah malam. – BBC