Ahmad Zahid Hamidi wizard frogs PAS UMNO Abdul Hadi Awang ducks Mohd Puad Zarkashi Parti Kuasa Rakyat politics
Mohd Puad Zakarshi

KUALA LUMPUR – “Apa jadi dakwaan yang membabitkan Ketua Pesuruhjaya SPRM?,” tanya Datuk Mohd Puad Zakarshi.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, seperti yang dijangkakan semua pihak senyap dan plaster mulut.

Katanya, perdana menteri juga tidak komen apa-apa.

”Akhirnya kita balik amalan lapuk. Mula mula panas kemudian tutup buku dan dilupakan. Rakyat tertunggu tunggu tanpa ada “solution” (penyelesaian) konkrit.

Lantaran itu, Mohd Puad berkata, amat wajar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diletakkan di bawah Parlimen supaya perlantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM adalah prerogatif Parlimen.

Artikel berkaitan:Segera siasat Azam

Azam patut direhatkan – Pejuang

Gomez panel SPRM lepas jawatan kesal tiada siasatan terhadap Azam

Dan bukan lagi perkenan Yang di-Pertuan Agong atas nasihat perdana menteri.

Katanya, SPRM tidak boleh terlalu kebal sehingga tidak ada kaedah yang transparen untuk bertindak jika terdapat dakwaan salah laku dalaman oleh orang atasan SPRM.

Meletakkan SPRM di bawah Parlimen akan memastikan proses “semak dan imbang” SPRM lebih bebas dan telus.

Ini pembaharuan institusi yang perlu diperjuangkan, ujar beliau. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast