Dr Noor Hisham Abdullah Covid-19 cases recoveries
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 2,862 kes Covid-19 telah sembuh hari ini dan ia mengatasi kes positif baharu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sebanyak 47 daripada 2,842 kes positif baharu  direkodkan hari ini adalah kategori 3, 4, dan 5.

Bagi kes positif baharu, 332 kes melibatkan 292 warganegara,  40 lagi bukan warganegara,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Selain itu, Dr. Noor Hisham berkata, sebanyak 252 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Kes memerlukan bantuan pernafasan adalah 134 kes,” tambahya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan terdapat dua kluster baharu dikenal pasti pada hari ini.

Jumlah kluster adalah 6,139 terdiri daripada kluster yang telah tamat (5,939) dan kluster aktif (200 kluster), katanya.- MalaysiaGazette