Ashira dan Bad Indigo

KUALA LUMPUR – Pendedahan penyanyi Ashira yang mengambil upah basuh pinggan di restoran untuk menanggung kehidupannya dan suami, Bad Indigo mendapat perhatian Datuk Seri Vida.

Usahawan terkenal itu melahirkan hasrat untuk membantu pasangan tersebut.

Katanya, sebagai seorang artis Ashira tidak perlu melakukan kerja membasuh pinggan.

“Saya sedih dan turut bersimpati atas perkhabaran ini, Insya-Allah saya nak tolong.

“Ada sesiapa boleh bagi contact Ashira atau Bad Indigo? Saya nak tolong Ashira supaya tak perlu basuh pinggan di kedai makan lagi.

“Tolong sampaikan niat dan keprihatinan saya,” katanya di Instagram.

Bagaimanapun, Ashira yang juga bintang Gegar Vaganza musim ke-7(GV7) memberitahu, setakat ini dia tidak memerlukan bantuan daripada sesiapa kerana masih mampu berusaha.

Menurut Ashira kerja yang dilakukan itu dibuat atas kerelaannya, bukannya dipaksa oleh suami.

Terdahulu, Bad Indigo dilaporkan menjalani pembedahan membuang kelima-lima jari kakinya akibat menghidap diabetes.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast