KUALA LUMPUR – Puluhan penyokong Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkumpul di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini hari ini bagi memberi sokongan terhadap Presiden UMNO.
Hari ini Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah akan membuat keputusan sama ada Ahmad Zahid Hamidi dibebaskan atau dipanggil untuk membela diri atas 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan antara yang dilihat hadir di perkarangan mahkamah.
Selain itu, anak Ahmad Zahid, Datuk Nurul Hidayah juga hadir bagi memberi sokongan kepada bapanya di mahkamah.
Kira-kira pukul 9 pagi, Ahmad Zahid sampai ke mahkamah dan diserbu wakil-wakil media termasuk media antarabangsa.- MalaysiaGazette
Perkara ini akan dibincangkan sama ada untuk minggu itu sahaja, rakyat Johor perlu bekerja dan bersekolah enam hari atau dikecualikan sehari. Kita akan kaji cara terbaik minimumkan gangguan kepada pelajar, pekerja dan sebagainya.