new record Covid-19 booster dose daily cases
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kes Covid-19 terus menunjukkan peningkatan dengan jumlah terkini adalah sebanyak 5,736 kes baharu manakala 3,196 kes sembuh pula dilaporkan setakat 12 tengah hari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kumulatif kes sembuh mencatatkan 2,790,386 kes atau 96.8 peratus hari ini.

“Ketika ini sebanyak 112 kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 89 telah disahkan Covid-19 manakala 23 kes disyaki kemungkinan dan masih dalam siasatan.

“Kes memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 54 kes dengan 41 telah disahkan Covid-19 manakala 13 kes disyaki,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata Dr Noor Hisham lagi, dari 5,736 kes harian yang dilaporkan, sebanyak 46 kes adalah dalam kategori 3,4 dan 5 manakala 5,690 pula terdiri kategori 1 dan 2.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut berkata, kes import yang dilaporkan sebanyak 183 kes manakala kes tempatan pula sebanyak 5,553 kes.

Jumlah kluster yang dilaporkan pada hari ini ialah 6,442 kluster dengan 8 daripadanya adalah kluster baharu, kluster tamat pula sebanyak 6,120 dan jumlah kluster aktif sebanyak 332. -MalaysiaGazette