Gambar fail
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 11 lagi kes kematian akibat jangkitan Covid-19 dilaporkan sehingga tengah malam tadi.

Jumlah itu termasuk lima kes kematian berlaku di luar hospital, kata Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pertambahan itu menjadikan kes kematian dalam negara bertambah kepada 32,125.

Sabah merekodkan angka kematian tertinggi sebanyak lima kes, Johor empat kes.

Pahang dan Kelantan pula masing-masing mencatatkan satu kes kematian.

Dalam tempoh itu sebanyak 15,337 kes aktif dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kepada 155,673.

Daripada jumlah itu, kes yang dirawat di unit rawatan rapi hospital adalah sebanyak 187 termasuk 109 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah individu yang dikuarantin di rumah 143, 076 manakala di Pusat Kuarantin Rawatan Covid-19 pula 6,118.

Setakat semalam, jumlah kes Covid-19 di negara ini sudah mencecah 3,019,916 termasuk 20,319 kes import. – MalaysiaGazette