Penggunaan ventilator kritikal semasa negara di landa pandemik Covid-19. Gambar arkib MalaysiaGazette

KUALA LUMPUR – Angka kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 31 semalam berbanding 24 kes sehari sebelumnya.

Menerusi laman sesawang COVIDNOW Kementerian Kesihatan Malaysia, 10 daripada kes kematian itu berlaku di luar hospital.

Pertambahan itu menjadikan kes kumulatif kematian kepada 32,180.

Malaysia merekodkan 182,965 kes aktif sehingga tengah malam tadi.

Sabahmerekodkan angka kematian tertinggi dengan lapan kes, diikuti Selangor tujuh.

Negeri Johor enam, Pulau Pinang lima dan Kedah dua kes.

Manakala Negeri Sembilan, Perak dan erengganu masing-masing mencatatkan satu kes.

Daripada jumlah itu, 6,619 atau 3.6 peratus kes memerlukan rawatan di hospital.

Sejumlah 194 kes menerima rawatan di unit rawatan rapi hospital termasuk 120 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Seramai 170,635 atau 93.3 peratus kes dikuarantin di rumah dan 5,515 kes di Pusat Kuarantin Rawatan Covid-19.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di Malaysia setakat tengah malam tadi sebanyak 3,083,683. – MalaysiaGazette