Keadaan kereta yang membawa anggota polis terbabas ketika menyertai kempen Scott Morrison di Tasmania. foto BBC

TASMANIA – Sebuah kereta yang membawa anggota keselamatan perdana menteri Australia terbalik di sini semasa menyertai lawatan kempen pilihan raya.

Empat pegawai polis dibawa ke hospital dengan “kecederaan yang tidak mengancam nyawa” selepas kereta itu bertembung dengan kenderaan lain, kata pihak berkuasa.

Perdana Menteri Scott Morrison tidak berada di dalam kereta, tetapi kemalangan itu mendorongnya untuk membatalkan seluruh acara kempennya pada hari Khamis.

Pemandu kenderaan lain yang terlibat dalam nahas itu tidak cedera.

Polis Tasmania berkata, siasatan awal mendapati kenderaan kedua telah “melanggar dengan bahagian belakang kereta yang membawa polis, menyebabkan kereta yang membawa anggota terbabas.

Dua pegawai polis Tasmania dan dua pegawai Polis Persekutuan Australia dalam keadaan sedar ketika dibawa ke hospital untuk pemeriksaan perubatan, kata Pejabat Perdana Menteri.

“Keluarga mangsa telah dihubungi dan mereka dimaklumkan tentang kejadian tersebut,” menurut satu kenyataan.

Australia akan mengundi pada 21 Mei ini.

Morrison yang menjadi perdana menteri sejak 2018 berharap untuk memenangi penggal keempat. – BBC

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast