flash flood KL Segambut cash aid Hannah Yeoh
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Keadaan trafik di sekitar ibu kota mengalami kesesakan memandangkan kejadian banjir kilat yang berlaku petang tadi.

Ia berlaku semasa waktu puncak di mana kebanyakan warga kota pulang daripada bekerja.

Menurut Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosio Ekonomi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Datuk Anwar Mohd Zain, kejadian hujan lebat bermula sekitar pukul 3 petang selepas hujan selama satu jam.

Keadaan Jalan Sultan Azlan Shah menuju Jalan Ipoh dinaiki banjir kilat selepas berlaku hujan lebat petang ini ketika tinjajuan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 25 APRIL 2022.

Antara 11 jalan yang dinaiki air ialah Jalan Travers, Jalan Sultan Abdul Halim, Jalan Kuching, Jalan Semantan, Pintasan Segambut dan Jalan Segambut.

Banjir kilat juga berlaku di Jalan Kinabalu (Bulatan Merdeka), Jalan Changkat Thambi Dollah, Lebuh Raya Sultan Iskandar, Bulatan Dato Onn dan Jalan Melaka.

“Air yang bertakung telah surut dalam tempoh satu jam. Pam air didapati berfungsi dengan baik,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Sehubungan dengan itu, katanya, warden trafik DBKL telah dikerah untuk segera memasuki kawasan yang mengalami kesesakan.

Ianya bagi membantu melancarkan pergerakan aliran trafik dan memastikan keadaan terkawal. – MalaysiaGazette