Logo Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) giat mempromosikan kepentingan projek penambahbaikan produktiviti melalui pelbagai bengkel bimbingan projek Team Excellence (TE) di peringkat enterpris.

Ia merupakan salah satu inisiatif yang bertujuan memperkasakan budaya perubahan minda produktif dalam kalangan pekerja pelbagai industri.

Melalui bengkel ini, semua peserta diberi pendedahan bagi melaksanakan projek penambahbaikan produktiviti atau dikenali sebagai projek TE yang menggunakan pendekatan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK).

Seiring dengan pembudayaan minda produktif, program Team Excellence (TE) yang dianjurkan oleh MPC terbukti dapat meningkatkan inovasi dari aspek penambahbaikan dan kecekapan sistem cara kerja dalam organisasi dalam kalangan pemain industri dari pelbagai sektor.

Organisasi yang melaksanakan inisiatif TE bukan sahaja dapat memupuk semangat kerjasama dan kecemerlangan sebagai satu pasukan, meningkatkan kecekapan, mengurangkan proses kerja, mengurangkan pembaziran.

Impak ini akhirnya berjaya meningkatkan penjimatan kos yang merupakan faktor utama dalam meneruskan kelangsungan perniagaan.

Ketua Pengarah MPC, Datuk Abdul Latif Haji Abu Seman berkata, inisiatif ini telah berjaya meningkatkan motivasi semua pekerja untuk melaksanakan projek penambahbaikan proses inovasi secara berterusan tanpa melibatkan kos yang tinggi.

Usaha memperkasakan budaya inovasi ini sangat signifikan bagi mentransformasikan idea ke dalam operasi harian yang dapat meningkatkan kecekapan bekerja dan akhirnya memaksimumkan pengeluaran.

Pada tahun lalu, sebanyak 220 projek TE telah dipertandingkan di konvensyen TE atau dikenali sebagai Annual Productivity and Innovation Showcase (ArISe) 2021 dengan mencatatkan jumlah penjimatan sebanyak RM460 juta.

”Tahun ini MPC akan memperkenalkan model baharu pelaksanaan program TE bagi meningkatkan penyertaan enterpris dalam usaha penambahbaikan produktiviti di organisasi masing-masing,” kata Abdul Latif. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast